Followers

Wednesday, 5 December 2012

Ku Utuskan Doa

Ya Rabb,
kuatkanlah diri ini,
tabahkanlah diri ini,
yang seringkali alpa,
 yang seringkali jatuh,
 
Ya Rabb,
aku mohon kepadaMu sejuta keampunan,
buat sehalus halus dosa ku,
Ya Rabb,
andai telah kau tetapkan siapakah pemilik tulang rusukku,
kelak kau hadirkanlah dirinya dalam keadaan yang kau redhai,
izinkanlah diri ini dicintai oleh puteri yang lebih menyintaiMu,
izinkanlah diri ini menyintai puteri yang meletakkanMu sebagai cinta utamanya,
kerana aku percaya,
andai dia setia atas cintanya padaMu,
maka dia juga akan setia akan atas cintanya padaku.
 
Ya Rabb,
jauhkanlah aku dari menjauhiMu,
jauhkanlah aku dari perkara yang menjauhkan aku dari Mu,
dekatkanlah aku dengan diriMu,
dekatkanlah aku dengan sesuatu yang boleh mendekatkan aku padaMu,
Ya Rabb,
izinkanlah dia untuk jadi teman hidupku,
bidadariku di syurgaMu kelak, 
 
Amin Ya Rabbal Alamin