Followers

Saturday, 11 August 2012

Kisah Fiction: MES.

     Kisah ini menceritakan sebuah tempat di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh iaitu Chancellor Complex. Chancellor Complex bersambung dengan bangunan bentuk bintang tidak siap yang lain. Chancellor Complex mempunyai satu teknologi yang sangat sophisticated. Teknologi tersebut ialah Chancellor Complex mampu turun ke dalam tanah sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti perang(khususnya) dan serangan zombie. Ramai tak faham kot macam mana konsep dia. Okay, bawah Chancellor Complex ada undercroft. Tapi di bawah undercroft terdapat satu ruang yang sangat besar. Dipenuhi dengan palang2 besi, Hydraulic jack, besi sokongan dan mcm2 lagi. Ruang besar kat bawah undercroft tu adalah untuk Chancellor Complex.

     Chancellor Complex akan turun kebawah@kedalam tanah macam lif. macam ada cakap tadi bawah tu ada ruang yang sangat besar. ruang itu adalah untuk Chancellor Complex masuk ke dalamnya. Jika kita lihat jugak atap Chancellor Complex, atap CC seperti satu bunker@tempat tutup.

     Mula-mula sekali, CC(hanya kawasan utama iaitu bangunan oval tu iaitu kawasan lapang tgh2 bangunan, IRC library dan Chancellor Hall) akan berpisah@terputus  dengan bangunan CC yang lain seperti blok 1-23. atap bahagian blok 1 dan 23 yang bercantum dengan CC akan berlipat sedikit. Memberi kesan supaya nampak ada ruang antara 2 bangunan tersebut. kemudian perlahan-lahan selepas itu bangunan CC akan turun sikit demi sedikit. mengambil masa selama kurang lebih 4 jam. Jika anda perasan, banyak tiang-tiang besar dibahagian CC tersebut(bahagian luar dan dalam IRC), di bawah setiap bangunan tu terdapat hydraulic jack yang akan menyokong CC ketika keadaan biasa dan menjadi "lif" untuk CC turun ke dalam tanah.

     Hydaulic Jack ini juga berfungsi sebagai penyokong bangunan ketika sekarang(ketika tidak digunakan). Baik,seterusnya control room bagi projek ini ialah di dalam bilik VIP di Undercroft. Semua butang terletak disitu. Manakala tempat berkumpul ada 2 bahagian, bahagian keluarga dan wanita, bahagian lelaki. Bahagian keluarga dan wanita akan ditempatkan di keseluruhan IRC. bahagian lelaki pula, kawasan diantara IRC dan CH, dan CH sendiri. bilik2 di undercroft adalah untuk bilik penyimpanan barang logistik dan makanan, barang2 kegunaan perang, bilik2 kawalan, dan macam2 lagi.

MES akan bersambung lagi dalam bahagian seterusnya....
MASS EVACUATION SITE



















No comments:

Post a Comment